Be Our Reseller
Hey, Guest.  Log in now    CART (110)
About Us

Hello! Selamat datang ke kedai kami Mom's House Baby Shop. Terima kasih banyak kerana sudi untuk singgah . Jika anda sedang mencari sebarang keperluan untuk ibu dan bayi anda, inilah tempatnya. Jika anda tidak puas hati dengan melihat sahaja, anda boleh datang terus ke premis kami dan dapatkan apa yang anda perlukan dari keperluan semasa mengandung sehingga anak anda mencapai umur 4 tahun.

Our History

Ditubuhkan pada tahun 2013 , Mom's House telah mempunyai pengalaman dalam menyediakan keperluan untuk ibu dan bayi bermula dari mula mengandung sehingga bayi anda membesar. Mom's House telah diasaskan oleh pasangan suami isteri yang mempunyai anak seperti anda juga. Kami sangat memahami keperluan anda semua terutama pasangan suami isteri yang berkerjaya.

Bermula dengan menyertai ekspo dan seterusnya ke jualan secara Online telah membawa kami ke arah dunia perniagaan yang lebih serius. Bermula dengan sebuah kedai di Shah Alam, kami sentiasa mempelbagaikan pilihan barangan untuk ibu dan bayi sehingga membawa kepada penambahan sebuah lagi kedai di tempat yang sama untuk menampung permintaan yang tinggi oleh pelanggan-pelanggan kami. 

Jualan secara Online juga diteruskan dengan pembelian boleh dibuat terus dari kedai online kami di www.momhousebabyshop.com dengan sistem pembelian yang lebih terjamin dan efektif. Penambahan produk di dalam website juga akan sentiasa dilakukan dari masa ke semasa. 

Kami percaya, setiap rezeki itu perlulah dikongsikan bersama. Oleh itu kami telah membuka laluan untuk sesiapa sahaja yang ingin memulakan perniagaan secara Dropship dengan kos yang murah. Mereka hanya perlu membuat pendaftaran di website kami dan boleh mempromosikan barangan kami dan mendapat keuntungan hasil daripada barangan yang dapat dijual tanpa perlu menyimpan barang dan membuat penghantaran barangan. 

Pembelian secara pukal/ borong juga kami tawarkan kepada peniaga-peniaga yang lain sebagai rakan strategik kami. 

Hari ini, Mom's House menawarkan lebih daripada 500 jenis keperluan ibu dan bayi dan lebih banyak produk baru yang akan diperkenalkan pada setiap masa. Sekarang Mom's House telah diuruskan sepenuhnya oleh Faby Famy Sdn Bhd.

 

Terima kasih kerana sudi singgah ke kedai online kami. Jika berkesempatan sudilah juga kiranya singgah ke premis kami di:

Blok G-33-G & G-37-G, Alam Avenue 2,

Jalan Serai Wangi L16/L, Seksyen 16,

40200 Shah Alam, Selangor

Kami berharap anda berpuas hati dan gembira membeli belah di sini. Selamat membeli!