Be Our Reseller
Hey, Guest.  Log in now    CART (110)
Be Our Reseller
Why Join Us

Kami mengalu-alukan anda untuk menyertai program dropship kami yang menyediakan potongan harga pada kadar yang sangat lumayan sebanyak 5%-20% (bergantung kepada barang) melalui laman web rasmi kami, www.momshousebabyshop.com

Banyak sebab kenapa anda perlu sertai kami di Mom's House. Meh tengok satu persatu:  

  • Anda boleh menentukan berapa keuntungan yang anda mahukan kerana kami menawarkan anda dengan harga yang lebih murah berbanding dengan harga pasaran. Anda juga boleh membeli terus dari premis kedai kami dengan harga Reseller bila-bila masa sahaja.
  • Kami ada banyak barang yang TERLAJAK LARIS & penambahan dari masa ke semasa (sekarang beratus jenis barang)
  • Kami pakar dalam bidang ini secara online atau offline. Kami sangat memahami konsep Dropship dan menggunakan strategi Dropship yang terkini dengan sistem yang lebih mudah.
  • Pengurusan kami adalah 'automated'. Kami menggunakan sistem Dropship yang canggih dan terkini untuk track dan manage Reseller kami. Apabila kami melakukan penghantaran, 'Courier tracking ID' akan terus dihantar kepada anda dan pelanggan anda secara serentak. Anda dan pelanggan anda boleh terus memantau pembelian anda dari mula hingga akhir dengan tanpa rasa was-was lagi.

Dengan pelbagai kelebihan yang kami tawarkan, anda pasti puas hati jika menyertai kami sebagai Reseller.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan sila ajukan ke email kami di momhousebabyshop@gmail.com dan harap maklum bahawa soalan anda akan dijawab dalam masa 48 Jam @ terus wasap ke 017-3763557

Steps To Joins

Bagaimana cara menjadi Reseller/Dropshipper momshouse?

1) Anda perlu membayar Yuran Sekali Seumur Hidup sebanyak RM 50. Sila Klik Ikon di bawah untuk pembayaran.

KLIK SEKARANG

--------------------------------
Syarat nak jadi D’shipper
--------------------------------

1. Ada akaun Facebook / Instagram Menjual
2. Yuran komitmen serendah RM50 sahaja seumur hidup
3. Yang betul-betul serius sahaja! 
4. Mempunyai attitude yang baik & Positif

Reseller FAQs

Ada yuran ke untuk menjadi Mom' House Reseller/ Agent?
Jawapan: Ada. RM 50 sebagai yuran keahlian untuk seumur hidup

Adakah Reseller/ Agent boleh menjual barangan Mom's House dengan harga yang lebih mahal?
Jawapan: Boleh. Tetapi anda tidak boleh menjualnya dengan lebih murah dari harga pasaran kami

Bagaimana cara untuk melakukan order / pembelian di laman web?

Jawapan:

Setelah anda mengambil order dan pembayaran daripada pelanggan (bergantung kepada cara anda sendiri), anda perlu meletakkan order melalui laman web kami.

1.    Pihak kami akan menghantar pembelian tersebut terus ke alamat pelanggan anda yang biasanya mengambil masa dalam 1 hingga 4 hari.

2.    Sila pastikan juga anda mesti membuat 1 pembelian bagi 1 alamat pelanggan anda. Contohnya, sekiranya anda mempunyai  2 pembelian daripada 2 orang pelanggan berlainan alamat, sila lakukan 2 pembelian berasingan.

Sila pastikan anda mengisi bahagian Shipping Information dengan alamat pelanggan agar memudahkan kami melakukan penghantaran.

Sila pastikan anda meletakkan alamat pelanggan anda sebagai alamat penerima dan bukannya alamat anda sendiri. Alamat anda pula akan digunakan sebagai penghantar di ruangan borang servis penghantaran. Kesilapan dalam memberikan maklumat yang berpunca daripada anda sendiri tidak akan ditanggung oleh pihak kami.

 Beberapa perkara lagi yang perlu anda beri perhatian:

Selain daripada di atas, terdapat beberapa perkara lagi yang harus diberi perhatian oleh anda:

1.    Kesemua pembelian dihantar dengan menggunakan perkhidmatan Pos Laju. Pengeposan akan kami lakukan pada setiap jam 12 pm. Jika pembayaran selepas jam 12 pm, kami akan poskan pada hari BEKERJA berikutnya. 

2.    Kami tidak akan mendedahkan harga sebenar yang diterima oleh anda kepada pelanggan anda di ruangan borang Pos Laju demi menjaga kepentingan anda bersama pelanggan anda.

3.    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi kami melalui email di momshousebabyshop@gmail.com

Reseller Terms & Conditions

KONTRAK RESELLER

  • Kontrak Reseller mula berkuatkuasa apabila diterima ke dalam pasukan Reseller Mom's House selepas bayaran pendaftaran RM 50 telah dibuat.
  • Bayaran pendaftaran RM 50 tidak akan dipulangkan sekiranya anda ingin menarik diri atau disingkirkan/ kontrak ditamatkan.
  • Kontrak akan kekal aktif selama anda berada di dalam pasukan Reseller kami. - Kontrak ditamatkan sebaik sahaja penyingkiran nama anda dari pasukan Reseller kami.

ANDA BERSETUJU BAHAWA

  • Anda bersetuju untuk memberikan maklumat yang benar dan tepat butir-butir peribadi dan / atau syarikat.
  • Jika mana-mana maklumat yang disediakan dalam profil anda didapati palsu atau sengaja mengelirukan, kami berhak untuk membuang anda dari pasukan Reseller kami.
  • Anda bersetuju bahawa perniagaan anda adalah perdagangan secara sah dan anda mempunyai hak dari pihak berkuasa yang berkenaan untuk menjual online

 

Continue »
By clicking the Continue button, you agree to our Terms and Conditions.