Set Berpantang Nona Roguy

Set Bersalin 6 dalam 1
In Stock

Qty to buy:
RM365.00
 
Add to Cart
DETAILS

PAKEJ MENGANDUNGI:

PhytoNatal - 90 biji

Akar Herbanika - 10 paket

Minyak Herbanika - 100 ml

Herbanika barut (krim) - 60gm

Uncang Cuci Herbanika - 10 paket

Herbanika Lulur - 100gm

PHYTONATAL (90 TABLET)

 

Berfungsi:

 

  • Mengatasi masalah sembelit, terutama kepada wanita dalam pantang.
  • Mengelakkan terjadinya bentan.
  • Sebagai pembersih dalaman semulajadi untuk menyahtoksik, pelembab, dan perapi dalam sistem dalaman tubuh badan bagi mengeluarkan kekotoran, angin toksik, darah nifas, darah bantal, lendir berlebihan, retensi air dan sembab
  • Menurunkan berat badan, melangsingkan tubuh badan dan merampingkan pinggang, mengempiskan perut, serta mengatasai masalah geleber.

Cara pemakanan:  2-4 tablet sehari diambil dengan Akar Herbanika NR untuk kesan yang lebih .

 

Pengalaman saya dengan Phytonatal, badan memang kurang sakit-sakit, angin dalam badan pun kurang. Selepas berpantang juga saya masih mengamalkan Phytonatal sehingga kini anak saya sudah pun berumur 10 bulan, alhamdulillah, perut tidak terlalu buncit sekiranya makan dengan banyak sekalipun

 

AKAR HERBANIKA NR (10-TBAG)

 

Minuman herba antioksidan untuk kesihatan dan kecantikan

 

Berfungsi:

 

  • Melancarkan pengeluaran darah nifas
  • Membanyakkan susu badan
  • Membersih, melancarkan serta menyegarkan darah yang bercirikan stimulasi dan lactagogue yang dapat memperbanyakkan keluaran susu ibu yang segar ketika dalam pantang bersalin.
  • Melancarkan pembuangan air kecil

Cara Penggunaan Akar Herbanika NR:

 

1-2 paket Akar Herbanika NR di rendam dalam 1 mug air panas mendidih. Biarkan ia suam atau suhu bilik, masukkan madu lebah untuk kesan yang lebih mujarab. Amat di syorkan amalan sebanyak 3-4 mug sehari dengan mengulangi rendaman paket yang sama sehingga cair warnanya. Selepas itu, gantikan dengan paket yang baru. Untuk pesakit kencing manis, minum Akar Herbanika NR tanpa madu.

 

Pengalaman saya: Minum Akar Herbanika NR yang di rendam bersama kulit kayu manis atau serai wangi juga sangat best! Susu badan memang banyak dan pekat :)

 

KRIM HERBANIKA BARUT (60gm)

 

Krim yang disapukan di bahagian perut sebelum memakai bengkung.

 

Berfungsi:

 

  • Mengeluarkan darah nifas dengan lancar, darah kotor, lendir dan angin keracunan dan darah bantal daripada rahim.
  • mengejapkan otot bahagian perut yang longgar dan menggeleber.
  • Mengurangkan jalur kulit (stretchmark) dan memutihkan kesan parut.
  • Mengembalikan kelangsingan badan yang terserlah di bahagian pinggang, perut, pinggul, baha dan lengan.

Cara Kegunaan: 

 

  • Sapu Minyak Herbanika NR terlebih dahulu di bahagian perut, pinggang, pinggul sebelum menggunakan Krim Herbanika Barut di tempat tersebut.
  • Pakai bengkung atau kain barut untuk mengikat rapi bahagian tersebut

UNCANG CUCI HERBANIKA(10 tbag)

 

Air rebusan herba untuk mandi dan cucian bahagian sulit.

 

Berfungsi:

 

  • Sebagai cucian berkesan untuk bahagisn sulit ibu dalam pantang bersalin, membantu mengatasi atau meredakan jangkitan fungus, keputihan dan mempertingkatkan kesihatan di bahagian sulit.
  • Amat berkesan dalam rawatan rendaman sulit, hidroterapi dan sebagai herba bunjut dalam terapi tuaman.

Cara penggunaan:

 

Rendam 3 paket Uncang Cuci Herbanika dalam 1 liter air panas mendidih. Biarkan warna air bertukar kepada kekuningan herba.

Kemudian masukkan sedikit air biasa supaya panasnya tidak melecurkan kulit dan masukkan garam untuk lebih berkesan. Guna airnya untuk mencebuk atau menggunakan kapas untuk memcuci alat sulit wanita atau dalam rawatan rendaman sulit.

 

Uncang cuci NR ini juga boleh dijadikan sebagai herba mandian dengan merebus 6 paket Uncang Cuci Herbanika dalam 2 Liter air tanpa garam.

Air rebusan itu di campurkan dengan air biasa dalam bekas mandi atau besen untuk di suamkan sebelum mandi. Gunakan uncang-uncang yang di rebus itu sebagai tuaman urat saraf, otot dan payudara semasa mandi untuk lebih berkesan.

HERBANIKA LULUR NR

 

Serbuk herba perubatan sebagai lulur (scrub)

 

Membantu dalam:

 

  • Mengurangkan kesan parut serta pigmentasi disamping mengeluarkan sel-sel kulit mati dan menghaluskan kulit.
  • Mengencangkan kulit dan otot badan, mengecutkan bengkak urat varikos, meredakan sembab dan memelihara kesihatan urat saraf badan secara luaran.
  • Mengatasi kebas-kebas dan seram sejuk dengan menghindari daripada kemasukan angin sejuk.

Cara Penggunaan Herbanika Lulur NR:

 

Sediakan 2 sudu besar Herbanika Lulur NR, campurkan dengan air panas suam, kacau sehingga menjadi pes yang sederhana cair.

 

Sebelum mandi, lulur seluruh badan. Kemudian, mandi dengan air herba mandian Uncang Cuci NR.

PHOTOS
back to top ⤴