TUNGKU BATU SUNGAI SERIMAMA

RM20.00

Tungku batu sungai telah lama digunakan sejak turun-temurun untuk amalan ibu selepas melahirkan anak.

Bertungku bukan sahaja untuk wanita dalam pantang tetapi boleh juga digunakan untuk melegakan kaki kebas.

Manfaat :

  • Menghilangkan sakit-sakit badan
  • Kurangkan sakit ketika datang bulan
  • Menguruskan badan sebagai ganti sauna dan terapi kecerdasan diri
  • Membuang angin di dalam badan
  • Kembalikan kecergasan badan ibu yang sememangnya lemah selepas bersalin
Clear

Tungku batu sungai telah lama digunakan sejak turun-temurun untuk amalan ibu selepas melahirkan anak.

Bertungku bukan sahaja untuk wanita dalam pantang tetapi boleh juga digunakan untuk melegakan kaki kebas.

Manfaat :

  • Menghilangkan sakit-sakit badan
  • Kurangkan sakit ketika datang bulan
  • Menguruskan badan sebagai ganti sauna dan terapi kecerdasan diri
  • Membuang angin di dalam badan
  • Kembalikan kecergasan badan ibu yang sememangnya lemah selepas bersalin

Kelebihan bertungku :

  • Mengecutkan rahim dan segala anggota sekitarnya yang bengkak akibat hamil dan bersalin.
  • Membuang sisa saki baki darah kotor dan toksin yang terdapat di dalam badan
  • Memecahkan lemak dan mulihkan tenaga dengan pantas.
  • Mengembalikan tubuh badan ke bentuk asal seperti sebelum bersalin
  • Memulihkan urat saraf yang berhampiran di sekitar kawasan peranakan

Bahagian perlu ditungku?

  • Di sekitar bahagian payudara supaya pengaliran darah menjadi lancar dan melancarkan pengeluaran susu
  • Bahagian ulu hati untuk memecahkan angin di bahagian perut dan ulu hati.
  • Bahagian ketiak kanan dan kiri diikuti belikat kanan dan kiri bagi melancarkan peredaran darah dan mengembalikan tenaga.
  • Di bahagian pelipat, betis dan peha, pinggang dan pergelangan kaki dan tangan.
  • Lakukan di setiap bahagian selama 5-10 minit dan ulang di bahagian lain pula

Cara penggunaan:

  • Batu sungai tersebut akan dipanaskan atas api lebih kurang 5-20 minit dan dibalut dengan daun mengkudu, daun sirih atau pun daun lengkuas. Gunakan dapur gas memasak dengan api yang perlahan
  • Boleh dibalut dengan kain pelekat atau kain tuala kecil.

Peringatan : 

Jangan gunakan api yang besar sebab batu akan merekah dan terbelah. Lagipun api yang besar menjadikan batu cepat panas dan cepat juga sejuk.

Api yang kecil, panas akan meresap ke dalam batu dan panas akan tahan lama.

Tidak terlalu lama sekiranya tidak mahu kain terbakar. Alas atas kain dengan daun sirih, mengkudu atau daun lengkuas sebelum meletakkan batu tungku.

Kebiasaan, kepanasan batu tungku dapat bertahan lebih kurang 1 jam.

Weight1.5 kg
WEIGHT

1-2KG, 2-2.5KG, 2.5KG ++

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “TUNGKU BATU SUNGAI SERIMAMA”